Sabtu, 19 Mac 2011

015: [siri salah dengar] #02 - bila kawan baik dengar mp3.

Suatu pagi hampir subuh di dalam kamar kecil. Dua jasad berisi roh sedang berkongsi sepuntung rokok yang sudah sepertiga usai dihisap.

DIA: I just want a dad... I don't really care...
AKU: want to dance-lah!
DIA: Oh...

014: menghirup coke bersama kamu

HAVING A COKE WITH YOU


is even more fun than going to San Sebastian, IrĂșn, Hendaye, Biarritz, Bayonne
or being sick to my stomach on the Travesera de Gracia in Barcelona
partly because in your orange shirt you look like a better happier St. Sebastian
partly because of my love for you, partly because of your love for yoghurt
partly because of the fluorescent orange tulips around the birches
partly because of the secrecy our smiles take on before people and statuary
it is hard to believe when I'm with you that there can be anything as still
as solemn as unpleasantly definitive as statuary when right in front of it
in the warm New York 4 o'clock light we are drifting back and forth
between each other like a tree breathing through its spectacles

and the portrait show seems to have no faces in it at all, just paint
you suddenly wonder why in the world anyone ever did them

I look
at you and I would rather look at you than all the portraits in the world
except possibly for the Polish Rider occasionally and anyway it's in the Frick
which thank heavens you haven't gone to yet so we can go together the first time
and the fact that you move so beautifully more or less takes care of Futurism
just as at home I never think of the Nude Descending a Staircase or
at a rehearsal a single drawing of Leonardo or Michelangelo that used to wow me
and what good does all the research of the Impressionists do them
when they never got the right person to stand near the tree when the sun sank
or for that matter Marino Marini when he didn't pick the rider as carefully
as the horse

it seems they were all cheated of some marvelous experience
which is not going to go wasted on me which is why I am telling you about it





—Frank O'Hara 




notakaki: baru pulang menonton 'Beastly' bersama teman-teman di Alamanda. tidak sesedap mana. boleh tahan. tak begitu berbaloi untuk dimuat-turun. puisi ini dibaca oleh Kyle dan Lindy di dalam filem tersebut. kthnxbai.

Selasa, 15 Mac 2011

012: dan aku pergi bukan kerana enggan.

tiada di bumi universiti.ke shah alam.ada hal keluarga.mustahak.ada orang dihospitalkan.harap tak ada apa-apa.oh, draf tesis mula menampakkan wajah.hasil usaha tidak tidur dua hari.berbaloi?entah.bila baca balik apa yang usai ditaip: crappy gila!

Isnin, 14 Mac 2011

011: hujung minggu randum yang (pada pendapat aku) menarik!

Hujung minggu yang baru berlalu ini, walaupun tiada sebarang perkhabaran daripada Shah (makanya tidaklah aku dapat bertemu dengan dia seperti mana yang aku harap-harapkan), tetap terisi dengan aktiviti merepek yang menguntungkan aku.

Pertama, aku mahu ucap terima kasih kepada Saintis Muda kita yang sudi membelanja aku dan rakan-rakannya di William’s. Hari Jumaat malam Sabtu yang randum itu aku ingat aku dan rakan-rakan yang lain akan pergi makan di kawasan dekat-dekat sini saja. Terperanjat besar aku bila aku dibawa ke William’s. Mewah juga menu malam itu. Arrabiata (betul ke aku eja ni?) spaghetti yang penuh dengan segala macam siput dan sewaktu dengannya. Sos tomatonya agak pedas dan kurang menepati citarasa aku. Black pepper chicken with butter sauce noodle. Ha, yang ini sedap. Menurut pekerja di situ, ini menu baru. Ayam dipanggang dengan sos lada hitam dan dihidangkan dengan mi sanggul separa masak lengkap dengan sos panggang mentega yang lemak-lemak manis. Burger ayam tiga lapis dengan injection mayonnaise. Ha, menu ini aku tahu daripada abang aku yang sering datang ke mari. Memang puas hati. Minum pula macam biasa ribena longan, mango longan dan mango blend. Semuanya terbaik!

Kedua, hari Sabtunya terisi dengan aku dan set rakan-rakan teater aku berkunjung ke HUKM, melawat rakan kami Iqbal yang usai menjalani pembedahan otak mengeluarkan sisa-sisa tumor. Kami beruntung kerana tidak perlu tunggu lama. Sampai di wad itu sekitar 1 tengah hari, dia baru sahaja didorong masuk, diiringi oleh mak ayah dan ahli keluarganya. Mereka benarkan kami luangkan masa dengan Iqbal terlebih dahulu. Sumpah aku sebak tengok keadaan dia. Rasa macam baru saja kelmarin aku baring-baring dengan dia di bilik kolej salah seorang rakan kami, bergelak ketawa menonton ulangmain ANTM di laptop aku. Aku gembira sebab bila aku genggam tangan dia, dia cam kami semua. Dia siap boleh berborak-borak macam biasa dan dia ingat yang Khamis sebelumnya ada perjumpaan teater yang dia tidak boleh pergi kerana diingatkan oleh salah seorang rakan teater kami yang lain. Serius kelakar! Sejujurnya aku kurang selesa berada di hospital. Cukup-cukuplah tiga bulan dihospitalkan ketika aku darjah tiga, dan hampir sebulan menjalani physiotherapy pada tahun 2007. Aku sudah jelak mencium bau ala-Dettol hospital.

Ketiga, aku lepaskan rindu terhadap rumah dan mak apabila salah seorang rakan aku ajak makan nasi dagang di rumahnya. Memang terbaik! Masakan maknya hampir mirip nasi dagang yang mak masak. Cuma bezanya dia tak guna beras nasi dagang yang sebenar.

Ok, sebenarnya hujung minggu aku tidaklah semenarik mana. Kerja aku tetap tak jalan-jalan. Draf tesis aku yang sepatutnya aku submit hari Selasa depan masih tak termateri lagi. Buka dokumen Word untuk kemaskini dokumen tersebut, otak terus rasa semak. Bangun. Keluar. Hisap rokok sebatang. Hantar SMS randum dua tiga das. Masuk. Duduk. Otak masih semak.

Kerja-kerja lain laju saja aku bereskan. Draf tesis ini juga yang sangkut.

Chee-bye betul! 

010: [siri haiku merepek] #02 - retak.

aku pasrah!
hujung minggu mati
hati rasa hancur

Selasa, 8 Mac 2011

009: auburn - semua tentang lelaki itu.

008: yang dikejar tak responsif, yang mengejar kurang menyengat.

Pernah terfikir kenapa lelaki yang kita minat kita tidak pernah dapat, tetapi lelaki yang tidak kita kejar selalu ada bersama kita?

Aneh, bukan?

Aku juga tidak terkecuali. Sepanjang semester ini (dan mungkin juga mulai pertengahan semester sudah) aku sedang berusaha untuk mendapatkan hati seorang lelaki. Orangnya sedang-sedang, tinggal di Shah Alam. Oklah aku terus-terang. Namanya Shah. Aku pernah cerita tentangnya di SINI. Itupun kalau kalian mahu baca sedikit cuplikan back-story tentang dia.

Terus-terang aku cakap sehingga ke hari ini aku tidak nafikan yang aku masih lagi berharap agar terjadilah suatu mirakel antara aku dengan Shah agar kami disatukan. Ya, jujur aku tidak tipu! Aku suka campur sayang campur berharap dan bercita-cita mahu bahagiakan dia. Oh, hati tipikal seorang bottom yang hopelessly romantic.

Baiklah. Berbalik kepada persoalan pokok tadi. Sebenarnya dalam masa yang sama aku bukanlah jatuh ke dalam kategori ‘seriously tak laku’ seperti apa yang kalian (mungkin) anggap. Ada beberapa lelaki yang hadir dalam hidup aku. Hakikatnya aku tidak mencari tetapi mereka ini seperti ‘terjatuh’ elok pada masanya. Hei, lauk depan mata usah ditolak, tak gitu?

Salah seorangnya biarlah aku panggil Edd saja. Dia biasa-biasa. Umur tak jauh beza dengan aku. Aku tidak tertarik dengannya pertama kali kami bertemu. Masa keluar janji temu sulung sebelum ini laju saja aku kotakkan si Edd ini sebagai TTM (Teman Tapi Monyet) – kawan yang boleh diajak keluar bersiar-siar kerana dia menghiburkan tetapi bukanlah husband-material. Jahat, bukan?

Tetapi si Edd ini sangat konsisten. Punya semua ciri-ciri lelaki yang aku idamkan yang aku harap ada pada Shah. Edd sangat responsif, balas SMSku dengan kadar yang segera, penyabar, kelakar dan yang paling penting bebas hanky-panky. Dia jujur dan tidak berselindung. Kalau dia bilang dia keluar main boling sama teman-teman, silalah percaya kerana memang dia keluar main boling. Kalau dia beritahu yang ada seorang hadek-hadek desperate hubungi dia untuk ajak teman shopping kasut di Pavilion, lepaskanlah dia kerana dia memang keluar dengan mamat gedik itu. Aku pula tidak begitu ambil pusing kerana aku anggap hubungan aku dengan Edd hanyalah (dan aku ulang sekali lagi!) TTM dan tidak lebih daripada itu; sehinggalah suatu petang remang-remang senja ditemani satu gelas kertas McD berisi Coke dan dingin pendingin hawa dari MyVi putih miliknya, dia bersuara:

“Awak rasa hubungan kita ni apa?”

Aku tidak punya jawapan konkrit. Mahu bilang yang aku dan dia hanya bersahabat, terkadang aku juga cemburu kalau dia bilang tidak punya masa untuk bersamaku kerana keluar bersama orang lain. Mahu bilang aku mahu serius dengannya, aku masih lagi berharapkan agar Shah menerimaku.

Lantaran itu, apa kurangnya Edd sehingga aku masih lagi berbolak-balik?

Tidak sekacak Shah? Mungkin.

Apa yang pasti, setiap kali aku bersama Edd, aku tidak rasa ‘getar’ perasaan sepertimana aku rasa ketika aku dan Shah keluar ke IKEA dulu. Serius!

Itu saja bezanya yang bikin aku masih lagi terkoyak dalam membuat pilihan. Bencilah perasaan ini!

Lambat-lambat aku respons: 

“Kawanlah. Tapi saya sayang kat awak. Percayalah.”

Gila!

Oh, BTW, kemungkinan besar hujung minggu ini aku bakal keluar untuk janji temu sophomore aku bersama Shah. Wish me luck!

Rabu, 2 Mac 2011

007: [siri salah dengar] #01 - bila si dia dengar radio.

Suatu mampir subuh di dalam kereta. Dua jasad terisi roh dengan kepala sedikit bergoyang mengikut irama lagu yang keluar dari radio.

DIA: Like a g-string, like a g-string...
AKU: Like a G6-lah!
DIA: Oh...

006: [siri haiku merepek] #01 - marah.

memang sial!
letak foto bf baru kat blog
fakyew!

005: lady gaga - lahir sebegini.

Selasa, 1 Mac 2011

004: Selamat Ulang Tahun, Abang.

Assalamualaikum.

Mungkin akan atau mungkin tidak abang akan terjumpa lantas terbaca entri blog ini. Tetapi tidak mengapa, itu semua tidak penting buat saya. Apa yang penting adalah saya tahu hari ini adalah hari yang paling bermakna buat abang.

Apa lagi kalau bukan hari ulang tahun abang.

Selamat ulang tahun yang ke 31, abang.

Saya amat merindui abang walaupun saya tidak lagi tahu di mana abang berada, tidak lagi tahu khabar berita tentang abang.

Semoga abang menyambut hari ini dengan bahagia, gembira, dan mungkin sekali di sisi orang yang paling abang sayangi di dunia ini.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015