Isnin, 31 Januari 2011

003: Merindui Orang Yang Tidak Pasti Merindukan Kita Adalah Suatu Penyiksaan Yang Maha Annoying!

Kadang-kadang aku rasa macam orang bodoh. Sebabnya, aku masih lagi mengharapkan suatu keajaiban berlaku. Ya, walaupun pada hakikatnya aku fikir ia terlalu absurd dan mustahil untuk berlaku.

Ok, ceritanya begini...

Beberapa bulan di hujung tahun 2010, aku ada mengenali seseorang. Namanya... biarlah aku panggil dia Shah. Dia lebih berusia daripada aku, lewat 20-an mungkin. Sudah bekerja dan punya raut wajah yang menarik dan santun pekerti yang sepadan. Kira memang lelaki citarasa akulah. Senang cerita.

Setelah sekitar dua bulan saling mengenali, sibuk di YM dan SMS (dia tidak ada Facebook, atau mungkin profil FB-nya bersifat peribadi mungkin!) kami akhirnya berjanji untuk bertemu. Dia bawa aku ke OU, makan malam di IKEA (terharu campur gementar kerana itu adalah pertama kali aku makan di sana, menikmati meatballs yang amat enak! ~ok, jakunnya aku!!!~) dan menonton wayang (ok, jakun sekali lagi kerana pertama kali menonton wayang 3D).

Aku rasa istimewa, rasa dihargai.

Sepanjang perjalanan pulang, kami banyak berbicara tentang kisah lampau. Dia ceritakan tentang bekas kekasihnya, begitu juga aku. Nampaknya kami berdua punya satu kisah selanjar: kedua-duanya dikecewakan atas nama cinta.

Lewat konversasi tersebut aku tahu yang dia sudah menetapkan hatinya agar tidak mahu bercinta lagi, sekurang-kurangnya tidak buat masa sekarang. Dia mahu take things slow for the time being. Dia mahu ambil masa mengenali dirinya yang sebenar di samping mahu meneroka apa yang dia sebenar-benarnya mahukan dalam hidup. Pendek kata; dia tidak mahu sebarang komitmen buat masa ini.

Berbeza dengan aku yang sudah sedia ada hopeless romantic, aku terus tangkap cintan dan kalau boleh mahukan hubungan yang lebih akrab selepas ini. Gelojoh campur bodoh, bukan? Baru pertama kali keluar dating terus feeling-feeling hendak bercouple. Gila!

Beberapa bulan berlalu selepas janji temu sulung kami dan kami terus bertukar-tukar SMS seperti biasa. Namun aku akui tidak sekerap dahulu. Aku mulai suspek yang apa yang dia ujarkan pada aku sebelum ini menjadi kenyataan; dia tidak mahu komitmen.

Aku tidak berlengah, terus saja beritahu dia rasa hati aku yang sebenarnya. Beberapa bulan mengenali dia sudah cukup untuk meyakinkan hati aku bahawa aku mahu suatu hubungan yang lebih serius antara kami berdua.

Cuma aku sedar, orang macam aku ini sudah semestinya tiada siapa yang mahu pandang, waima pandang sebelah mata pun belum tentu! Aku tidak punya apa-apa, tidak bekerja malah masih menuntut lagi. Makanya aku tidak mampu untuk menyokongnya dari segi kewangan, hanya emosi dan perasaan.

Di atas semua itu pula, ini membuat aku berfikir: mana ada lelaki gay mahu berada dalam hubungan yang komited hanya berlandsaskan emosi dan perasaan, tanpa melibatkan syer kewangan?

Aku lihat kawan akrab aku bahagia bersama pasangannya. Dia seorang Pembantu Penyelidik dan teman lelakinya seorang pensyarah. Masing-masing punya sumber kewangan tetap. My money is my money, your money is your money but some of them are mine too.

Persoalannya di sini adalah aku merasakan sedikit bodoh kerana masih lagi berharapkan kepada Shah walaupun hati kecilku berbisik kuat yang dia tidak mahu sebarang komitmen. Entahlah. Aku sendiri sedang bingung.

Ada juga aku mencari lelaki lain selain dia, tetapi hatiku tetap berbisik mahukan dia, mahu bahagiakan dia dan menyayangi dia dengan hati sebesar tapak tanganku ini.

Aku rindu benar padanya. Benar! Aku betul-betul rindu pada dia!

Isnin, 24 Januari 2011

002: Malam Itu.


“Kalau I cakap yang  dah berkahwin, would that make any difference?” Si dia yang sedang meriba aku bertanya. Aku yang menatap dirinya, tangan terkunci di belakang tengkuknya tiba-tiba rasa kelu. Adik di dalam seluar lembik serta-merta. Aku kesat pinggir bibir pada tumit tapak tangan kanan sebelum kembali duduk di tempat duduk pemandu.

Aku masih tidak menjawab. Mata ke luar. Bukan sebab takut kalau-kalau ada kereta atau orang lalu, tetapi aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku jawab. Otak aku kosong.

“Kenapa you diam? Tak selesa eh?”

Geleng.

“Habis tu?”

“Bukan tak selesa. Tapi… entahlah…”

Tangannya meramas pehaku. Perlahan-lahan dia tarik tanganku ke adiknya yang masih keras. Kepalanya basah. Aku masih tengok luar, cuma tangan aku saja yang turun naik adiknya.

“Ginilah. Kita tengok dulu macam mana. Boleh? I sayang sangat kat you, I tak nak hubungan kita setakat ni je.”

Klise!

Bukan aku tak mahu percaya, tetapi itu ayat klise kebanyakan PLU. Janji-janji manis pendasar agar dapat mengeskplorasi bontot si bottom yang hopelessly romantic macam aku. Kalau ditanya, memang aku sayang akan dia. Sudah sebulan kenal, kerap jumpa dan keluar jalan-jalan, berkongsi macam-macam. Pendek kata dalam tempoh sebulan itu dia sudah berjaya buat aku suka pada dia.

Kenapa dia perlu pilih malam ini untuk beritahu tentang hal ini? Tak boleh tunggu lepas main sebulan dua dari sekarang?

Tapi pada satu sisi lain aku bersyukur dia beritahu aku awal-awal. Sekurang-kurangnya perasaan aku terhadap dia belum cukup mendalam dan masih belum terlewat untuk aku tarik diri.

Kalau aku ini seorang bottom yang kejam, aku akan masih terima dia walaupun dia sudah berkahwin. Tetapi entah kenapa secebis hati baik aku ini kuat berbisik agar jangan teruskan. Imej potret keluarga dia terus terpancar macam projektor dalam kepala otak aku.

Demmit!

Terus tak jadi nak lancap adik dia!

Sabtu, 8 Januari 2011

001: Percubaan Pertama.

Sebenarnya kalau hendak diikutkan hati, aku tidak mahu berblogging lagi. Serik. Apa yang aku tulis, orang lain baca dan seribu satu interpretasi terhadap aku mulai bercambah.

Hubungan merenggang dan akhirnya terputus dek salah faham. Semuanya oleh sebab entri-entri di belog lama. Aku jadi serba-salah.

Tetapi setelah kira-kira setahun tidak menulis, jari-jari terasa gatal dan otak tak henti-henti mencernakan kisah-kisah yang aku kira wajar aku kongsi.

Makanya aku mulakan semula belog baru. Tetapi kali ini dalam edisi lebih privasi.

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2016

#NaNoWriMo2015

#NaNoWriMo2015