5 September 2011

182: hikmah membela kucing & ada apa dengan petknode.

Sebenarnya kalau nak diikutkan baru je aku dgn family aku berminat nak bela kucing ni. Sebelum ni tak ada pulak rasa minat sebab mak aku sebenarnya tak berapa suka dengan kucing. Beberapa tahun lepas, dalam pertengahan 2008 macam tu la, tiba-tiba satu petang adik aku balik dari sekolah dia dok ngomel-ngomel kat mak aku cakap dia nak bela kucing. Masa tu aku tengah kerja part-time kat satu kedai gambar dekat dengan rumah, jadi aku cakaplah kat budak-budak tempat aku kerja tu pasal adik aku.

Salah seorang daripada pekerja tu, Wanie nama dia, cakap dia willing nak bagi seekor kitten kat adik aku. Ala, kucing kampung je.

hai, nama saya Thom. ngee...

pink tak hidung saya? rasa macam nak cubet-cubet tak?
Timbul pula rasa sayang kat Thom bila dia mula ada kat rumah. Tengok keletah dia dok lompat-lompat dan gigit-gigit hujung sofa buat kami semua terhibur. Tapi sekejap je kami dengan Thom. Satu hari masa hujan, lupa nak tutup tingkap dapur dan Thom keluar. Selalunya kalau dia keluar, dia boleh balik sendiri asalkan biarkan salah satu tingkap rumah terbuka. Tapi disebabkan hujan, mungkin dia berteduh kat mana-mana dan sesat kot.

Adik aku demam tiga hari lepas Thom hilang. =(

Thom, dalam kenangan. sedih sat... =_=
Lepas tu, abah dok sibuk bukak mudah.my nak cari anak kucing buat pengganti Thom. Last-last jumpalah seekor yang berkenan. Kami beli RM200 je. Tuan dia nak let-go sebab nak pindah jauh. Kami bagi nama Molly sebab dia betina.

hello. nama saya Molly. saya comel gilerrr tak? #pitam
Tapi dengan Molly ni aku no komen sikit. Masa kecik-kecik dia memang baik. Ajar guna kotak pasir tu sekali je dia terus faham dan guna bila dia perlu. Tak macam Thom, dia ni pelik sikit sebab tak suka keluar rumah. Bukak luas-luas tingkap pun dia takkan terjun keluar. Tapi lama-lama dia mula tunjuk belang. Molly mula kencing merata. Kami jadi bingung. Tak faham kenapa dia buat perangai macam tu. Aku dgn abah siap bukak Google kot cari punca kenapa Molly suka kencing merata. Ada kawan aku cakap dia nak mating so itu tanda dia protes sebab kami tak bagi dia keluar. Tapi yang hairannya kami memang bagi dia keluar, siap bukak tingkap luas-luas kot. Dia je yang tanak keluar pergi cari boyfriend.

Last-last mak dengan abah naik fedap, terus kasi jual itu Molly kat mudah.my.
   
babai Molly. harap tuan baru jaga awak dengan baik ye?
Sayang. Kalau dia tak buat perangai macam tu memang kami nak terus bela dia sebab dia manja sangat-sangat, especially dengan adik aku yang si Molly dah besar macam gambar kat atas ni pun dia tetap nak dukung merata-rata. Huhu...

Lepas Molly tak ada, abah belikan adik Aboo pulak. Anak kucing dua bulan baka kacukan Maine Coon.

Aboo, hari kedua kat rumah kami dulu. Kecik gila. Besar sikit dari tapak tangan je.
Disebbakan Encik Aboo ni baka Maine Coon, orang yang jualkan dia kat abah dah pesan suruh jangan bukak tingkap sebab dia ni favorite orang nak curi. Maksud aku, bagi orang yang tahu kucing ni ada value of course la dia akan curi dan jual. So abah ikat semua tingkap kat rumah, so boleh bukak sikit je... tak muat untuk si Aboo ni keluar. Dia paling senang jaga. Tak perlu tunjuk kat mana kotak pasir dia leh cari sendiri. Manja bukan main.

Tapi malas.

Aboo, masa bulan puasa hari tu. tidur je sepanjang masa.
Hobi dia adalah tidur di tengah-tengah jalan. Kat lantai dapur tu memang port dia baring terlentang macam tu dan tidur tak bergerak-gerak. Kalau kuis-kuis dengan kaki pun dia buat donno je.

Tak lama lepas tu Aboo asyik mengiau je. Aku suspek dia mesti nak mengawan. So abah belikan seekor lagi, betina pulak.

Kokoa. orang yang jual tu cakap dia ni baka campuran Birman dengan kucing biasa. Tengok tu, hari-hari melaram pakai stoking kaler coklat dia. Abes cantek la tu... hehehe....

Betul sangkaan kami. Tak lama lepas tu Kokoa pregnant. Sayangnya lima yang lahir, semua mati kecuali seekor.
Dodie al-Fayed. anak tunggal Aboo & Kokoa.

gemok tak saya? tak kesah, janji saya chomel. mwuhahaha...
Lepas lima bulan, kami decide untuk jual Dodie sebab Kokoa sekarang pregnant lagi! Tak best rasanya sebab sekali lagi aku akan miss dia beranak (sebab masa tu for sure aku dah balik UKM kot). Hari tu masa dia lahirkan Dodie aku tak ada (tengah dok ada kat UKM). Kali ni pun sama. So tak best sikitlah. Lagipun masa aku tengah ada kat rumah sekarang ni boleh la tolong jaga, tapi bila dah balik kampus nanti mak dengan abah aku sure tak larat nak handle tiga ekor kucing sekaligus. Dahlah si Dodie ni nakal kemain. Suka tarik-tarik alas meja dan jatuhkan barang-barang. Hari-hari kena rajin mengemas rumah. Fuhh!

Ok. Panjang tak intro aku? Hahahaha...

Anyways... sebenarnya aku nak cerita tentang hikmah membela kucing. Selepas dekat 4 tahun mula membela binatang berkaki empat yang gebu-gebu menyampah ni, banyak benda yang aku dah belajar.

1. Menjadi seorang yang lebih penyabar.
Dulu-dulu masa awal-awal nak train Thom, Molly, Aboo dengan Kokoa untuk guna kotak pasir tu memang menyakitkan hati. Kadang-kadang diorang guna, tapi most of the time diorang akan buang air merata. Pernah sekali si Aboo tu buang air kat dalam kasut adik aku. Gila bengang sebab asyik-asyik aku je yang kena bersihkan.

Tapi aku faham yang Allah ciptakan kucing ni tak ada akal, tak macam manusia. Bukannya dia faham pun kalau dia dok carut-carut dia marah-marah bila dia buang air merata-rata. Dekat dua minggu lepas tu dan selalu train diorang untuk properly guna kotak pasir tu, sekarang tak ada masalah lagi. Hehehe...

2. Menjadi seorang yang lebih pembersih.
Aboo dengan Kokoa spesis yang berbulu panjang jadi bulu diorang gugur hari-hari. Makanya hari-hari jugaklah aku kena menyapu, vakum, lap segala bagai untuk make sure yang tak ada bulu-bulu diorang yang terkumpul. Kawasan depan toilet rumah kami ada kotak pasir untuk kucing dan kotak tu MESTI dibersihkan dua kali sehari. Selang tiga hari aku akan bersihkan bilik air sekali dengan ruang depan toilet tu sekali. 

Secara tak langsung habit tu melekat dan terbawak-bawak, sehingga bilik aku dan ruang tamu pun ikut sama bersih je memanjang. Hehehe...

3. Menjadi seorang yang lebih menghargai masa.
Aboo dan Kokoa makan ikut time. Entah siapa lah yang ajar diorang untuk makan dua kali sehari. Sekali pukul 6.30 pagi, sekali pukul 7 petang. Time tu mesti dua ekor tu akan datang dok gesel-gesel whoever yang diorang nampak la. Selalunya sebelah pagi mak aku yang akan settlekan breakfast diorang sebab masa tuk mak aku nak pergi kerja. Sebelah malam selalunya aku atau adik sebab masa tu dekat-dekat nak Maghrib.

Disebabkan diorang ni makan ikut time macam tu, sekali dengan aku-aku terikut dengan jadual macam tu. Jadi sepanjang aku duduk rumah, Subuh tak pernah miss sebab mesti terjaga bila Aboo dok ngiau-ngiau depan pintu bilik. Kadang-kadang tu kalau aku tertutup rapat pintu, dia akan siap cakar-cakar lagi suruh bangun dan bagi dia makan. Kokoa pun sama. Dia akan datang dan duduk kat atas bantal sebelah kepala aku dan tengok aku tidur. Siapa tak terjaga bila dengar bunyi prr-prr kat telinga, betul tak? Hehehe...

4. Menjadi seorang yang lebih penyayang.
Of course-lah bila dah bela kucing ni secara tak langsung ia akan memupuk rasa kasih dan sayang bukan sahaja di antara kita sesama manusia, tetapi juga antara kita dan haiwan. Adik lelaki aku kalau dia telefon rumah, tak sah kalau dia akan tanya pasal Aboo sama.

Aku pun macam tu jugak. Kalau kat kampus, telefon mak mesti tak sah kalau tak tanya pasal Aboo dengan Kokoa. Rindu. Hehehe...

BTW, korang dah tahu pasal isu pet boarding service Petknode yang gempar kat Facebook dan internet tu?

Menurut setakat apa yang aku baca, beberapa pelanggan Petknode ni memberitahu yang mereka menerima kucing mereka kembali lewat Sabtu kelmarin, namun dalam kondisi tidak terurus dan tidak diberi makan. Lantaran itu, pemilik kucing itu terus sahaja membuat satu kompelin lewat Twitter dan Facebook. Beberapa pemilik kucing lain turut berasa bimbang dan terus menyerbu pejabat Petknode yang terletak di Damansara Damai untuk mendapatkan kucing-kucing mereka.

Apa yang menggemparkan lagi, mereka turut menemui lebih banyak kucing yang disimpan di sebuah banglo di Saujana Utama. Lebih daripada 300 ekor kucing dikurung tanpa penjagaan yang sewajarnya dan tanpa makan dan minum. Berbelas-belas daripadanya sudah mati kelaparan.

klik pada gambar untuk berita penuh di FreeMalaysiaToday.


Apa-apapun, pemilik kucing-kucing terbabit telahpun membuat laporan polis (memang wajar pun!) dan pemilik servis Petknode itu telahpun berjaya diberkas (eh, betul ke ayat aku ni? berkas?!! whatevv...)




Tiga gambar kat atas ni aku ambik dari sini.

Mudah-mudahan ini akan menjadi iktibar kepada kita semua agar berhati-hati bila mendapatkan perkhidmatan pet boarding ni.

Huhu...

10 ulasan:

nn berkata...

1. kucing-kucing kau comel gilaaaa! lagi-lagi si dodie tu. memang pasal mak bapak dia pun comel kan. hehe. comel sangat geram aku tengok!

2. nangis tengok gambar-gambar binatang kat petknode tu. confirm tuan-tuan diorang devastated. teringat stray kitten yang mati kat depan rumah aku dulu sebab kena kekah kucing jantan. sobs.

shandye. berkata...

@nn: dodie dah kena jual. harap tuan baru dia jaga dia dengan baik. kasi dia gemok mcm kami bela dia dulu. hehehe...

FaizalSulaiman berkata...

dulu ada siamise cat nama coco.balik sekolah, dia panjat atas bahu. manja gila.tak lama kat rumah, hilang kena curik orang.

sedih

banyak kucing siam.yg mata biru tu.seksi.hahahaha

btw tindakan badan jagaan tu memang melampau tau.ce kurung depa dalam sangkar pastu tak bagi makan.kucing pun makhluk yang ada hati perasaan derr. kita lastik mcm angry bird mau tak?

shandye. berkata...

@FaizalSulaiman: my lecturer ada siamese cat. kurus langsing mcm model. tapi dia cakap siamese cat ni vocal sikit. tak sesuai agaknya klu bela klu ada anak kecil. btw, mmg tak berpuas hati dgn tindakan owner pet boarding service tu. harus aku join sama lastik ala2 angry birds. lolz....

kblogger berkata...

wahhh comel2 kucing sis yaa.. ummm comel2

shandye. berkata...

@kblogger: haha. thanks for sharing info pasal berita Petknode tu ye? ngee...

Cik Bambam berkata...

ada kucing dulu.. tapi dah mati eksiden kena langgar dek kata kat depan umah.. -.-'

terus x bela kucing lagi..wuwuuuu~ omak den x bagi dah.. xbb x reti nak jar dia berak kat luar..hahahahah.. asyik2 dlm umah jek dia membuang.. omak den yg kena basuh! ehehhehe.. tp jiran den punya kucing selalu dtg umah..kira bela skali lar kan?heheh

shandye. berkata...

@Cik Bambam: co-owner katanya! hahaha....

shandye. berkata...

@Cik Bambam: co-owner katanya! hahaha....

Tanpa Nama berkata...

@shandye.
jual beli kucing haram

http://all-for-share.blogspot.com/2009/10/haram-jual-beli-kucing-anjing-dan-darah.html